Follow Dboard
EVERLASTING PARADISE
PARADISE
D Awesome Owner!

RIDHWAH SHAFIQAH | Team AE copy ori | | Tasnim SCARF | |A'DELL Beauty|



Home About Linkies Stuff

Assalamualaikum and Hello! Welcome to my Blog. Enjoy your trip here!.Peplace with yours.


Tagboard!

Put your CBox code here!


Back to past



Credits!

Designer: Iman Maisarah
Edited By: Your Name
Others:   


Ciri-ciri orang yang mencintai kamu :D

Assalamualaikum,dan selamat petang. Baru balik sekolah nih. Alahai ..! Dah berhabuk dah blog nih. Okey straigth to the point.. Hari nih, Ridhwah nak share something nih.


1. Orang yang mencintai kamu tidak mampu berikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu di hatinya.
2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu akan menerima kamu seadanya,di hati dan matanya kamu tetap yang tercantik walaupun kamu merasakan berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini , dan ingin tahu apa kegiatan kamu.
5. Dia akan mengirim sms seperti "selamat pagi", "selamat malam", "selamat hari minggu" dan sebagainya. Walaupun kamu tidak membalas sms nya, kerana dengan kiriman sms nya,dia menyatakan cintanya,menyatakan dalam cara yang berbeza.
6. Jika kamu menyambut hari lahir dan kamu tidak mengundangnya ke majlis hari lahir kamu, setidak-tidaknya dia akan menelefon kamu untuk mengucapkan " selamat" atau sms kepada kamu.
7. Dia akan selalu mengingati setiap kejadian dia bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakan, kerana saat itu sangat berharga untuknya. Dan pada saat itu,matanya pasti berkaca kerana kerana saat bersamamu itu tidak selalu berulang.
8. Orang yang mencintai kamu,dia akan selalu mengingati setiap perkataan yang keluar dari mulut kamu. Bahkan perkataan yang kamu sendiri lupa. Kerana dia menyematkan setiap kata-kata itu di hatinya. 
9. orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu. Kerana dia ingin tahu kegemaran kamu. Kesukaan kamu,kesukaannya juga. Walaupun sukar,tapi akhirnya dia berjaya. 
10. Kalau kamu kurang sihat seperti batuk,selsema, dia sentiasa mengirimkan sms atau menelefon kamu untuk menanyakan keadaan kamu. Kerana dia bimbang tentang kamu dan pedulikan kamu.
11. Jika kamu menyatakan kamu akan menghadapi ujian, dia akan menyatakan bila ujian itu berlangsung, apabila saat itu tiba dia akan mengirimkan " Good Luck" untuk memberi semangat kepada kamu :)
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi kamu itu ialah sesuatu yang biasa,tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia berasa gugup kerana anda telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu,selalu ingin dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus berpindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu berwaspada dengan persekitaran yang boleh memberikan pengaruh buruk kepada kamu.
16. Di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu. Pernah dengar "jauh di mata dekat di hati" ?
17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seorang kekasih.
18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang sengal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di waktu malam dengan mengirimkan sms. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan diri kamu.
19.Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindui kamu dan sering melakukan hal-hal yang memeningkan kamu. Namun ketika kamu mengatakan hal itu mengganggu kamu,dia akan minta maaf dan tidak akan melakukan lagi.
20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu,maka dia akan mengajarimu dengan penuh kesabaran walaupun kamu ialah orang yang terbodoh didunia! Bahkan dia begitu gembira dapat membantu kamu.  Dia tidak pernah mengelak daripada memenuhi permintaan kamu walau sesukar mana permintaan kamu.
21. Kalau kamu melihat handphone nya, maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX nya. Dia masih menyimpan sms-sms dari kamu walaupun ia sudah berbulan-bulan,bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat dari kamu dan menyimpannya di tempat khas dan segala pemberian kamu  menjadi benda-benda yang amat berharga buatnya.
22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilang diri dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
23. Jika suatu saat kamu merinduinya, dan ingin memberikan kesempatan kepadanya,dia akan ada menunggu kamu kerana dia tidak pernah mencari orang lain,dia sentiasa menunggu kamu.