D Awesome Owner! ![]() Assalamualaikum and Hello! Welcome to my Blog. Enjoy your trip here!.Peplace with yours. Tagboard! Back to past Credits!
| Untuk MU, JODOHku ♥
Assalamualaikum ..
![]()
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani mencoretkan sesuatu untukmu yang tidak pernah aku kenali . Sebenarnya aku tidak pernah berniat untuk aku memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatku tersedar dari lena ku yang panjang.
Ibu telah mendidik aku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkan dirimu suatu hari nanti. Kata ibu , tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuannya ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dari dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku terhadap mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.
Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki selain dari dirimu, apatah lagi mahu memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumahku, kerana rumah itu tempat yang paling selamat dan terbaik buat perempuan. Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriki atau cuba menegurku. Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan " Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki" . Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu.
Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku terasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan aku jawab dihadapan Allah kelak andai disoal ? Adakah itu sumbangan aku kepada manusia selama hidup di muka bumi ini ? Kalau aku tidak mahu kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Tidak ku nafikan, sebagai remaja aku mempunyai perasaan untuk menyayangi dan disayangi . Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap itulah juga aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Kau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku sememangnya lemah ini telah diuji oleh Allah apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku menolak. Aku berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata, sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud dimana-mana. Tetapi aku juga mempunyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan NABI YUSUF a.s, juga harta seluas perbendaharaan NABI SULAIMAN a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan NABI MUHAMMAD s.a.w yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuatkan aku terpikat. Andainya kaulah JODOHku yang tertulis di LAUH MAHFUZ, Allah pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itulah jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan melampaui batasan yang telah Allah tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaan ku tidak banyak, cukuplah kau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari REDHA ALLAH. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Allah sekiranya akulah yang ditakdirkan MENIUP SEMANGAT JUANGMU, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku KESAT DARAH DARI LUKAMU dengan tanganku sendiri. Itu IMPIANKU. Aku pasti berendam air mata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana NYA. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di SYURGA.. WASSALAM... |